Tuesday 29 October 2013

GOOD LUCK !

ALHAMDULILLAH.. 

Our first dealer dah selamat sampai di Penang bersama baju-baju ECouz Closet pada 16 october yang lalu. Setelah dia menceritakan tentang assignment projek keusahawanannya kepada kami, kami terus menawarkan dia peluang untuk membuat dropship bersama kami. Jadi tak perlulah dia mengeluarkan modal yang banyak. Alhamdulillah, akhirnya dia bersetuju dan ingin teruskan walaupun dah tamat projeknya.bolehlah dia buat duit poket kan. Thats great! Akhirnya, kami dapat membantu menambah nilai orang lain. Yeay!

Wish her luck okay! Projeknya akan berlangsung esok 30 October. Semoga dia dapat terus membuat duit pocket! Amin…

Betol kata tok guru. Kalau niat kita ingin menambah nilai org lain kita mesti berasa gembira dan puas.





Antara koleksi blouse esok! Datanglah ke gerainya di USM,Penang bagi memeriahkan lagi suasana di sana! 














Sunday 27 October 2013

OUR STORY (1) : Akhirnya kami berniaga.


PASSIONATE AND ATTITUDE

Semua orang ingin buat apa yang mereka suka. Semua dari kita seboleh-bolehnya akan mencari jalan untuk mengelak dari membuat sesuatu yang tidak digemari. Kadang-kadang ada yang tidak tahu atau masih mencari-cari apa yang dia 'suka' nak lakukan sebenarnya. Ada juga yang sentiasa tidak suka dengan apa yang mereka lakukan. Semua ini telah pun saya rasai sendiri dan mendengar serta melihat atau jumpa depan mata dengan mereka-mereka yang mengalami perasaan seperti ini.

Satu hari, saya dinasihatkan oleh seseorang yang saya kagum, dia juga merupakan 'tok guru' saya dalam mengecapi impian perjalanan hidup yang saya rancang. Memang betul kita hanya merancang Allah yang menentukan tetapi percayalah merancang itu lebih baik dan berusahalah untuk menjadikan impian satu kenyataan. Kerana bila ada plan pasti kita akan nampak perjalanan atau sentiasa tahu ape patut kita buat seterusnya untuk mencapai atau mengecapi kehidupan yang kita betul betul inginkan. 

Nasihat tok guru saya simple sahaja iaitu agar saya mencari dan terus mencari tanpa berputus asa sedikit pun tentang apakah sebenarnya yang saya 'suka' atau 'teringin' sangat nak lakukan dalam hidup saya. Ataupun untuk lebih jelas "what is your passion" or "what you really really passionate in". Itulah nasihatnya carilah sesuatu yang kita "passionate" sangat dlm melakukannya. Tak kira apapun halangan atau cabarannya kita tetap nak terus dan terus lakukan. Sikap atau attitude untuk menjadi passionate dalam apa yang kita lakukan akan lahir dengan sendirinya bila kita benar-benar melakukan sesuatu itu dengan ikhlas sekali.

Akhirnya, dengan izin Allah saya temui berbagai-bagai benda yang saya "passionate" nak buat. Untuk bab ini saya namakan kisah ini sebagai;

AKHIRNYA KAMI BERNIAGA

Sejak kecil, kami sekeluarga “One Big Family” dibesarkan dalam suasana berniaga. Atok yang menjual kain dari rumah dan arwah nenek pula tidak kurang hebat membantu atok membuat jualan sambil menjaga kami, 30 orang cucunya. Ibubapa kami yang sentiasa berniaga walaupun berkhidmat atau bekerja ada yang menjual soya, membuka gerai mee, menjual air batu campur dan termasuklah menjadi ajen jualan atau ahli jualan. 

Dan kami.. Kami bermula dengan hanya mengambil upah menolong pakcik di booth pakaian hari raya di setiap bulan ramadhan sejak dari sekolah rendah lagi sehinggalah sekarang. Tambahan pula, semasa berada di sekolah menengah setiap tahun pasti kami akan menyertai  aktiviti berniaga di sekolah.

Kata emak, berniaga bukan sekadar untuk meraih keuntungan atau semata-mata kerana wang tetapi  “bila dapat buat sale apa perasaan kita?”. Seronokkan?  Itulah berniaga.

Seronok dan gembira apabila jualan dapat dibuat.. Yes !! Tidak dinafikan itu betul....

Kami berasa sangat seronok bila berniaga lagi-lagi dibulan ramadhan pasti kami “One Big Family” masing-masing sibuk berniaga. Ada yang 'berniaga ikan bakar satu hati' dan aneka minuman di bazar-bazar. Ada juga yang menjual pakaian raya di booth-booth dan ada juga yang menjual atau mengedar kuih raya. Itulah kami “Satu Hati Keluarga Harmoni”. Kami dididik untuk tidak lokek bersatu dan bekerjasama antara satu sama lain serta mesti selalu ingin berkongsi apa yang kami ada kepada orang lain.

Kami berasa puas apabila dapat berkongsi ape yang kami suka dan apa yang kami ada dengan orang lain. Lebih-lebih lagi apabila orang lain turut suka dengan apa yang kami kongsikan. Semoga kami akan terus berkongsi dan berkongsi..

Hari ini, kami berasa gembira, seronok dan sangat puas apabila melihat wanita-wanita mengukir senyuman, bergembira dan yakin dengan apa yang mereka pakai. Pada kami, bukan sebab pakai baju cantik atau mahal kita nampak cantik tetapi keyakinan dan keselesaan terhadap apa yang dipakai itu lebih penting bagi menampakkan dan menyerlahkan kecantikan seseorang. Semua ciptaan Allah itu mempunyai keindahan mereka tersendiri. Jadilah diri anda sendiri okay! Pakailah mengikut keselesaan dan kemampuan anda.

Jadi kepada anda yang ingin nak nampak cantik semulajadi dengan keyakinan dan keselesaan terhadap apa yang anda pakai mengikut "taste" anda sendiri tentunya. Berhubunglah dengan kami, kami carikan untuk anda. Service kami 'free' dan anda hanya perlu bayar harga baju sahaja. Namun, kami juga menyediakan stock sedia ada ikhlas dari kami buat tatapan anda contoh-contoh baju atau blouse terkini yang munkin dapat membantu anda membuat pilihan. Kebanyakkannya adalah koleksi kami sendiri dan juga mengikut permintaan teman-teman yang memerlukan.

Untuk pengetahuan teman-teman, ECouz Closet adalah online blouse shop yang diasaskan oleh kami sendiri. Ia berkonsepkan vintage, vouge, elite, sopan, sweet dan up to date look. InsyaAllah menepati citarasa kita semua.

Istimewa untuk anda yang berada sekitar Shah Alam (sila lihat column t&c) kami juga menawarkan 'drop by' untuk anda melihat dan merasai sendiri koleksi kami. InsyaAllah kami sediakan koleksi dan service yang terbaik untuk anda.

InsyaAllah kami akan mengembara dan berada di booth-booth pula selepas ini untuk tatapan anda semua. Semoga Allah izinkan. Aminn..


Semoga kita semua akan menjadi wanita yang paling bahagia di dunia dan akhirat. Amin..

Friday 18 October 2013

WE'RE SO SORRY

We're currently out of stock. We will come back with our new promotion and stock. Stay tune..


Kami kehabisan stock buat masa ini. Kami akan kembali 

dengan stok baru dan promosi hebat.. Teruskan bersama  

kami..